Zarif Ehsan bakal meniti usianya yang bakal mencecah 4 tahun. Terlalu banyak dukanya dari suka yang telah anak bertuahku ini tempuhi. Seawal 2 hari pembedahan yang pertama yang meyedihkan kami semua. Redha, pasrah dan bertawakal atas segala ujian demi ujian yang ditempuhi. Mana mungkin sebagai seorang ayah, hati mana yang tidak menangis melihat anak yang baru mengenal dunia terus tabah menghadapi ujian pembedahan ini.
Semakin hari semakin tabah, alhamdulillah inilah ujian yang sebenar dalam kehidupan. Hati kerdil ini menyatakan bahawa inilah suratannya, redha adalah sebaik baik perbuatan. Zarif semakin membesar dan pembedahan demi pembedahan dilakukan. Ternyata aku tidak sendiri, isteriku dan kaum keluargaku bersusah payah dalam memastikan Zarif mendapat rawatan yang terbaik.
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu, tak siapa pinta
ujian bertamu...
![]() |
| Abg Zarif 2012... Alhamdulillah on family vacation |

