Saturday 19 May 2012

101 Impian dalam kehidupan

As salam, 

Hari terakhir untuk aku siapkan impian yang insyaallah akan mengubah kehidupan ini. Impian hidupku ini terlalu banyak, namun tak pernah dinukilkan, maka akan bertaburanlah impian yang tidak difokus ini. DAO telah memberikan pemulihan pada pemikiranku ini dan agar menulis impian-impian yang akan dikecapi nanti.  Insyallah semoga aku kaya dan berjaya untuk menikmati impian ini. Seperti pesanan DAO dalam program Intensif Mentor kekayaan & kejayaan, I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other.
 



1.     Menunaikan Umrah bersama ahli keluarga dan adik beradik
2.     Menunaikan Haji bersama ahli keluarga dan adik beradik
3.     Menyediakan tabung kewangan bagi saudara mara yang mempunyai masalah kewangan
4.     Mempunyai dana RM 2 Juta bagi membiayai pendidikan saudara mara dan anak yatim melanjutkan pelajaran.
5.     Mempunyai kediaman mewah di golf club dengan nilai 2 juta
6.     Menjadi kaya-raya dengan unjuran pendapatan 100 juta setahun
7.     Mempunyai kereta BMW 5 series yang terkini dan motosikal kuasa tinggi 1000cc Honda yang bernilai lebih 1 juta
8.     Mempunyai simpanan emas 100 juta
9.     Setiap anak mempunyai RM 250,000.00 pada umur 18 tahun.
10. Menjadikan isteri ratu rumahtangga tanpa perlu bekerja
11. Mempunyai kesihatan yang baik bagi semua ahli keluarga
12. Membawa emak tinggal bersama-sama
13. Melancong ke luar negara – Jepun, Spain, Sepanyol, timur tengah
14. Mempunyai pemandu peribadi bagi diri, isteri dan anak-anak
15. Mempunyai bot mewah bernilai RM 1 Juta di langkawi.
16. Mempunyai spa dirumah dan tukang urut sepenuh masa.
17. Mempunyai masa untuk beribadat dengan lebih banyak
18. Membaca Quran dengan baik dan sempurna serta istiqamah
19. Menjadi Usahawan yang beriman  dan pemurah
20. Mempunyai anak-anak 6 orang yang beriman, beraklak mulia dan bijak serta kaya
21. Membawa emak dan keluarga melawat tempat sejarah islam setiap tahun
22. Menjadi ayah yang luar biasa dan suami yang amat luar biasa.
23. Memastikan rawatan kesihatan yang terbaik di hospital swasta.
24. Menyediakan ustaz/ustazah bagi kelas agama persendirian di rumah untuk diri sendiri dan anak-anak
25. Membiayai ustaz-ustaz bagi ceramah dan kegiatan keagamaan dikejiranan dua kali sebulan.
26. Mempunyai 8 buah syarikat sdn bhd yang mampu menjana pendapatan RM 12 juta sebulan
27. Mempunyai sijil PMP dan PgMP dalam bidang pengurusan projek
28. Melanjutkan pelajaran dalam bidang MBA
29. Mempunyai staff yang berkemahiran tinggi seramai 50 orang – Jurutera, Pengurus projek,
30. Mempunyai data centre bagi perkhidmatan Cloud dan server bernilai 15 juta.
31. Menjadi perunding bagi projek mega lebih 100 juta
32. Mempunyai banggunan 15 tingkat bagi empayar perniagaan 8 syarikat
33. Menerajui projek mega dalam bidang IT
34. Mempunyai sebuah helikopter bagi urusan perniagaan
35. Mempunyai rangkaian perniagaan yang banyak di luar negara dalam bidang import export.
36. Mempunyai aset hartanah bernilai 200 juta di semenanjung Malaysia
37. Menyediakan pusat latihan kemahiran bagi anak-anak yatim dan miskin serta graduan lepasan universiti atau kolej yang tidak mempunyai peluang melanjutkan pelajaran.
38. Membantu saudara mara memulakan perniagaan dengan pusingan modal RM 50,000.00 seorang
39. Membantu peniaga-peniaga kecilan membuka ruang perniagaan yang bernilai lebih RM 10,000.00
40. Menyediakan dan memberi dana kepada rumah Orang Kelainan Upaya
41. Menyediakan tanah wakaf bagi perkuburan dan masjid bernilai RM 500,000.00 di Kedah
42. Dikurniakan akal fikiran yang hebat untuk membantu insan lain dalam urusan perniagaan atau kewangan atau peribadi seperti DAO
43. Memastikan anak-anak yatim dan piatu mempunyai kemahiran bagi kelangsungan hidup selepas umur 17 tahun.
44. Mendapatkan pelanggan bagi takaful great eastern sebanyak 10 orang setiap minggu
45. Finacially free pada umur 38 tahun dengan pendapatan pasif
46. Menaja umrah dan haji untuk 100 orang
47. Menulis 4 buah buku tentang pengurusan projek dalam bidang IT.
48. Menyempurnakan platinum kelas DAO
49. Menjadi penceramah motivasi dan perunding dalam bidang IT dan pengurusan projek
50. Menyediakan dana RM 100,000 setahun dalam menambahbaik diri dengan ilmu yang bermanafaat.
51. Membina kilang ais bagi bekalan utara bernilai 3 juta.
52. Mempunyai ladang-ladang 100 ekar bagi tujuan pertanian.
53. Mempunyai 1000 ekor lembu dan kambing
54. Bersedekah dan berzakat dengan semaksima
55. Memberikan latihan mengenai IT kepada yang memerlukan
56. Menyediakan rumah transit kepada ibu& bapa tunggal yang memerlukan
57. Menggaji tukang masak bagi rumah anak yatim dan miskin
58. Menyediakan keperluan harian dan persekolahan bagi anak-anak yang kurang kemampuan selain yatim
59. Mempunyai rangkaian syarikat percetakan dengan harga yang murah.
60. Mempunyai syarikat kereta mewah.
61. Menghadiri majlis zikir dan ilmu seminggu 2 kali
62. Bertalaqi dengan para ilmuan dan guru murshid
63. Menghafaz Al-Quran
64. Menjelajah seluruh dunia bagi menyampaikan ilmu.
65. Mempunyai sebuah gedung barangan IT yang terkini bagi jualan dan perkhidmatan
66. Menganjurkan hari keluarga bagi kaum kerabat 2 kali setahun
67. Menaja 10 ekor lembu bagi korban setiap raya haji
68. Memberikan sedekah barangan keperluan sehari sebelum hari raya aidiladha
69. Menjana RM 1 juta pertama pada umur 37 tahun
70. Membesarkan rumah pusaka dan rumah saudara mara.
71. Melancong ke 7 tempat ajaib di dunia.
72. Mempunyai perniagaan perabut jati
73. Mempunyai perniagaan makanan beku dan segera
74. Mempunyai 4 buah stesen minyak
75. Mempunyai gelaran datuk pada umur 40
76. Sentiasa bersama anak-anak terbang ke destinasi idaman mereka
77. Membantu pesakit kronik menghabiskan hari-hari terakhir mereka
78. Menjadi seorang pemimpin yang adil dan berilmu dengan mengamalkan prinsip-prinsip Islam
79. Mempunyai akaun amanah bagi tujuan kebajikan dengan nilai 5 juta
80. Mempunyai sebuah Yayasan bagi membantu OKU
81. Menganjurkan pertandingan kreativiti dan ciptaan dalam  bidang IT
82. Membuka sebuah syarikat yang berdaya saing di Negara Brunei darussalam
83. Mempunyai anak-anak yang pakar dalam bidang yang diceburi
84. Menguasai bahasa inggeris dengan fasih
85. Menguasai bahasa cina dengan fasih
86. Makan dengan senang hati tanpa masalah kesihatan dan kewangan.
87. Memastikan duit sentiasa masuk ke dalam akaun setiap minggu RM 15,000.00
88. Memenuhi segala impian emak dan adik-adik yang dahulunya terbatas
89. Mempunyai sebuah Farmasi yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai dengan kos yang minima
90. Belajar tentang psikologi manusia
91. Mempunyai sahabat-sahabat daripada golongan ilmuan yang hebat dan sentiasa rendah diri.
92. Mempunyai mentor yang hebat seperti DAO dan Tn Guru Nik Aziz
93. Menyelesaikan hutang orang yang susah kepada Along atau bank
94. Memberikan RM 1000.00 kepada emak setiap minggu
95. Memulakan perniagaan buat setiap adik-adik
96. Main golf ditempat paling hebat di dunia
97. Melawat orang sakit setiap minggu dihospital dengan buah tangan dan memberikan kata-kata motivasi
98. Berulang alik setiap minggu menaiki kapal terbang ke kedah
99. Menaja sebuah van mayat bagi kegunaan masjid kampung
100.                Menaja sebulan makanan berbuka pada bulan puasa
101.                Bergelar Doctrate pada umur 40
102.                Menjadi seorang insan yang istiqamah pada setiap perbuatan dan ucapannya. Insyallah

Saturday 12 May 2012

Ameer Hakeem

Ameer Hakeem ... new comer in family

Cheers !!!







Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak terhingga pada tahun 2011, lahienya putra Ameer Hakeem. Tahun ini dah setahun umurnya, dah pandai berjalan pun :)

I'm Powerful Money Magnet

Alhamdulillah, dah 3 hari berkampung di Wisma MCA untuk IMKK Dr. Azizan Osman. Terima kasih jua pada Jerry a.k.a Gina yang banyak memberikan sokongan direct untuk melawan kemalasan yang teramat. Terlalu banyak input yang dapat pada majlis ilmu ini, antaranya : setiap masalah orang lain adalah peluang bagi kita dan setiap masalah kita adalah juga peluang bagi kita. Mudah KANNNNN Hari ini merupakan hari terakhir IMKK dan merupakan IMKK terakhir dan akan berada dalam kenangan buat pelajarnya. Semoga aku mendapat yang terbaik dalam penyampaiannya dan semoga aku dapat melaksanakannya kerana ia harus sekarang atau tidak Ameen Ya Allah

Monday 20 June 2011

Zarif yang tabah ...





Zarif Ehsan bakal meniti usianya yang bakal mencecah 4 tahun. Terlalu banyak dukanya dari suka yang telah anak bertuahku ini tempuhi. Seawal 2 hari pembedahan yang pertama yang meyedihkan kami semua. Redha, pasrah dan bertawakal atas segala ujian demi ujian yang ditempuhi. Mana mungkin sebagai seorang ayah, hati mana yang tidak menangis melihat anak yang baru mengenal dunia terus tabah menghadapi ujian pembedahan ini.

Semakin hari semakin tabah, alhamdulillah inilah ujian yang sebenar dalam kehidupan. Hati kerdil ini menyatakan bahawa inilah suratannya, redha adalah sebaik baik perbuatan. Zarif semakin membesar dan pembedahan demi pembedahan dilakukan. Ternyata aku tidak sendiri, isteriku dan kaum keluargaku bersusah payah dalam memastikan Zarif mendapat rawatan yang terbaik.

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu, tak siapa pinta
ujian bertamu...

Abg Zarif 2012... Alhamdulillah on family vacation

hampir ketikanya


Alhamdulillah, tenang, syukur, bahagia dan tenteram. Telah sekian lama aku tinggalkan dunia blogger nie, terkenang kembali ketika aku mengemaskini berita yang terakhir. Ketika itu, kami bertiga, namun masa tidak pernah meninggalkan kita bahkan kita yang terlalu mengejar masa. Kini aku terus bahagia bersama dengan keluarga tercinta. Nur Aina Nabila, Zarif Ehsan dan Ameer Hakeem telah mula mewarnai dunia kehidupan aku dan isteri.

Sunday 26 September 2010

Raya 2010





Gambar Raya di kedah dan Perlis 2010. Alhamdulillah tahun ni dapat beraya sakan bcoz cuti raya lama .. almost 2 weeks.

La Tahzan...

Rasulullah saw bersabda;” Tidaklah sesuatu musibah yang menimpa seseorang muslim melainkan Allah menghapuskan baginya dosanya walaupun hanya dengan kesakitan akibat terkena duri – Hadith Riwayat Al Bukhari.

Hadith ini menjadi pengubat duka dan rasa hiba ketika terlantar sakit di rumah tatkala orang lain sedang bergembira mengunjungi rumah terbuka sahabat handai dan rakan-rakan

Memang sungguh pilu, namun musibah kesakitan mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Antaranya untuk menyedarkan kepada kita betapa lemahnya kita dalam mengawal faktor luaran dan betapa perlunya kita kepada kekuatan Allah, firman Allah :” ….dan manusia dijadikan bersifat lemah. [An Nisa’:28].

Mungkin ini adalah kifarah dosa-dosa yang silam dan Allah maha mengetahui atas setiap kejadian itu. Kakiku bengkak akibat jangkitan kuman dan pada mulanya ingatanku tertumpu kepada mungkin kesan akibat 'high cholesterol' yang membawa kepada penyakit gaut. Try consult dengan Pharmacist, Norazila abd Ghani yang memberikan info tentang ubat dan kawalannya.

Hari kedua masih bengkak masih terus kelihatan tanpa ada tanda-tanda untuk surut. Bergegas ke klinik DANNN... as result memang kena infection disamping bacaan paras gula yang tinggi... 14. Doctor memberikan beberapa jenis ubat yang mungkin dapat mengurangkan dan menyembuhkn luka serta bengkak tersebut dan harganya mencecah RM200.00.; Asalkan sembuh biar mahal tidak mengapa' seru hati kecil.

teringat beberapa tazkirah dan peringatan yang dibaca dihalaman sesawang rakan-rakan antaranya :

Islam telah menggariskan adab adab orang sakit, agar hatinya tenang, pasrah malah memberikan kepuasan dalam jiwa dan mempercepatkan kesembuhannya:

1. Merayu dan merintih hanya kepada Allah dan bersabar serta redha dengan musibah ini. Bacalah doa doa perangsang sebagaimana rintihan Nabi Ayub Alaihissalam yang bermakdud: “ Wahai tuhanku sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit (kemudharatan) dan engkaulah yang yang Maha mengasihani” [Q: Al Anbiya’: 83]
2. Bersangka baik dengan Allah. Daripada Jabir (ra), Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: ”Janganlah mati salah seorang daripada kamu melainkan setelah dia bersangka baik terhadap Allah Taala”-HR Muslim
3. Tidak mencela penyakit. Jabir (ra) meriwayatkan: Rasulullah (saw) melawat seorang sahabiah bernama Ummu as Saib ( Ummu Al Musaiyyab) dan bertanyakan nya: ” Apakah yang telah berlaku kepadamu sehingga kamu mengeluh sedemikian rupa?, Ummu As Saib menjawab: “Demam, tiada keberatan Allah kepadanya”. Rasululullah lantas beresbsda:” Janganlah engkau mencela demam, sesunguhnya demam itu menghilangkan kesalahan kesalahan anak adam sebagaimana relau (meleburkan) besi- [HR Muslim]
4. Tidak mengharapkan mati. Janganlah kita meminta agar kita dimatikan cepat sebab tak tertahan menanggung penderitaan sakit ini. Sebagaimana hadis:” Janganlah seseorang daripada kamu mengharapkan mati disebabkan kemudaratan (kesakitan) yang menimpanya, tetapi jika terpaksa hendaklah dia berdoa: “Ya Allah hidupkan lah aku jika hidup ini lebih baik untuk diriku dan matikan lah aku jika kematianku itu lebih baik untuk diriku. [HR Al Bukhari dan Muslim]
5. Mesti berubat. Ini adalah satu kemestian, marilah kita menghayati ruh hadis ini :” Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan baginya ubat selain daripada sesuatu yang haram.[HR At Tarmizi]


Semoga diriku ini terus bersangka baik dengan ujian Ilahi... insyallah